Masa Google tentang tempat ni, saya dapat tahu ada dua trip yang
kita boleh ikut. Satu matahari terbit dan satu matahari terbenam.
Ikut itinerary kita akan dibawa melawat ke 4 tempat
ni:
1.White sand dune
2.Red sand dune
3.Fairy stream
4.Fishing Village
Kalau trip sunrise pukul 4.30 pagi dah kena gerak. Namanya
pun tengok matahari terbit, dah tentu-tentunya solat subuh di kawasan ni. Jadi
sebelum pergi dah siap-siap ambil wuduk serta bawa sejadah dan telekung.
Pukul 4.30 pagi driver dah tiba dengan jeep. Kat sini semua
driver tepat pada waktunya. Bagus. Tiada janji Melayu hehe. Dari hotel ke White
Sandune dekat 40 minit. Walaupun subuh
sepie (awal pagi) still nampak jeep melalui kawasan pantai. Mesti cantik ni kalau dah siang.
Driver
berhenti di satu tempat, dia turun bawah tengok tayarnya. Dia rasa ok baru dia
gerak. Bayangkan kalau padang pasir, kita jalan pun susah,kan. Ni jeep naik ke
atas, haha terkejut juga. Rasa nak tergelincir dan terkeluar daripada kereta
tu.
Selamat pagi dunia. |
Tempat pertama white sand dune. Driver tunjuk kawasan tengok matahari terbit. Memang apa pun tak nampak. Rasa je pasir. Dalam gelap-gelap tu adalah nampak orang tengah mendaki. Ohh beruntung la kami sebab jeep terus bawa ke atas. Kalau tak silap masa Google tu pun memang ada yang kata kena sewa jeep kalau tidak jalan kakilah ke atas.
Subuh pun dah masuk, tengok kompas cari arah kiblat. Bentang
sejadah kat tengah-tengah padang pasir tu. Cari ruang terselindung sikit tepi jeep. Sila pasang torchlight ya tengok keadaan sekeliling. Depan kami tu turun bukit, silap-silap sujud
tergolek terus ke bawah. Ada yang naik tinggi
lagi, siap menjerit, mengilai ketawa antara takut dan suka.
Baru nampak pasir berwarna putih. Dalam gambar ni orang tengah naik ATV. |
Di sini juga boleh sewa ATV tapi sebab kami pun dah naik ke
atas dengan jeep. So tak payah susah-susah dah. Include dalam trip.
Makin lama makin ramai yang berhenti di tempat kami tu.
Masing-masing posing sakan. Dalam 1 jam di situ, dibawa turun ke kawasan
tasik. Driver tu check bahagian enjin
dia pulak. Sibuk la dia dengan kereta, baru je nak suruh ambil gambar kami
berempat. Cantik kawasan tu, dengan keadaan pasir yang putih dan tasik. Indahnya alam ciptaan Tuhan.
Tengah nak intai RON 95 harga berapa. |
Seterusnya Red sand dune. Di sini pasirnya berwarna
kemerah-merahan bila nampak dari jauh dan dicampur dengan silau matahari. Kita
boleh meluncur pasir. Merata orang yang jual tempat luncur tu tapi nak turun
luncur tu taklah tinggi mana pun. Kawasan tu macam bulan sabit. Menarik.
Ni orang yang jual tu. |
Perjalanan diteruskan ke kampung nelayan. Kelihatan sampan
bulat yang berwarna-warni. Masa tengok rancangan Amazing Race dulu-dulu ni
memang dah tahu trademark sampan Vietnam ni. Macam besen je. Masa yang
diberi untuk tengok-tengok 20 minit. Di tepi-tepi jalan nampak restoran
–restoran yang semestinya hidangan special makanan laut. Pemandangan
lebih kurang macam perkampungan nelayan di tempat kita cuma cantik tengok
sampan tu dari kejauhan
.
Sampan bulat berwarna-warni. Trademark. |
Sepanjang jalan di perkampungan nelayan ni banyak kedai-kedai. |
Destinasi akhir, Fairy Stream. Driver tu perkenalkan kawan dia, katanya
balik nanti ikut kawannya, tukar jeep. Kami diberi masa 40 min. Oooh jeep tu
rosak agaknya, tu pasal setiap kali perjalanan pun dia asyik dok tengok
enjinlah, tayarlah.
Kita akan menyusuri anak sungai yang kecil. Tinggalkan kasut
di kedai yang tempat kita turun tu. Kita akan patah balik di tempat yang sama nanti. Di sini kita akan melihat fenomena alam batu-batuan. Di sepanjang jalan boleh tangkap gambar yang cantik-cantik walaupun sebenarnya sama je.
Tak tahulah pengakhirannya di mana cuma kami
dah agak-agak nak 40 minit kami patah balik. Panas mentari mula dirasai. Orang
pun bertambah ramai.
Sejukkan kaki. |
Kitaorang saja pakai tema warna merah, saja nak bagi 'naik' dalam gambar. Siap buat rujukan dan undian tu warna apa sesuai. Haha. |
Tak tahu penghujungnya tapi ramai juga yang masih meneruskan perjalanan. |
40 minit hampir tamat, baiklah balik semula ke tempat yang jeep tadi tu tunggu. Biasanya jumpa orang yang sama je dengan tempat sebelum ni sebab memang itu tripnya. |
Balik naik jeep yang lain dan driver yang lain. 9.30 pagi
tour tamat dan balik ke hotel semula. Bahasa Vietnam ni walaupun ejaannya rumi,
tapi bila sebut ikut ejaan tu bunyinya lain sebenarnya. Dah beberapa kali
membuat cubaan sebut ikut ejaan tu tapi orang sana tak faham haha. Akhirnya bila driver tu tanya nama hotel,
tunjukkan kat dia nama hotel yang ada di telefon. Sampai lewat malam semalam, keluar pula sebelum
subuh kiranya sampai bersama bulan balik bersama bulan, idaklah kami cam
persekitaran hotel tu. Cuma pernah google dari Malaysia je, itu pun setelah
mengikut amanat kedutaan untuk kenal pasti persekitaran.
Kereta yang akan ambil kami untuk ke Da Lat datang pukul 12
tengah hari. Kiranya ada masa nak jalan-jalan tengok keadaan sekitar hotel .
Dah nampak macam ada pantai seberang hotel kami. Memandangkan sarapan pun belum
lagi. Balik hotel makan bekalan roti sardin dan sambal tumis ikan bilis. Memang
tak keluar baliklah. Kemas-kemas beg untuk destinasi seterusnya, Da Lat.
2 comments:
Boleh tau ambil pakej muine tour dengan siapa n berapa kos?
Boleh tengok di sini https://jomlah-zarina.blogspot.com/2018/03/tip-pakatan-vietnam-3-7-mac-2018.html
VN Lotus Travel. Kami punya kos dikira bas, hotel mui ne, hotel da lat, flight da lat tempat-tempat yang dilawat so tak boleh bandingkan kos berapa. Boleh contact Ms Khanh melalui WhatsApp dan bincang ngan dia.
Post a Comment